oleh Ikan Pari
Berbagai siri serangan Israel Yahudi ke atas rakyat Palestin telah mencabuli hak asasi manusia yang dilindungi oleh Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC)
Tidak pernah berlaku dalam sejarah, sesebuah negara yang ditindas telah dikepung dan dikenakan sekatan ekonomi yang berlarutan tiga tahun kecuali Palestin. Ini merupakan penganiayaan yang dilakukan oleh Israel Yahudi yang direstui oleh Amerika Syarikat dan konco-konconya yang bertopengkan pejuang kebebasan dan demokrasi. Malangnya, isu kekejaman dan penindasan Israel Yahudi ke atas rakyat Palestin ini seolah-olah telah disapu ke bawah karpet oleh kuasa barat. Nyawa rakyat Palestin tidak bernilai di sana. Malah sekatan ekonomi yang kononnya kegiatan pengganasan Hamas telah menyebabkan 80% rakyat Palestin kehilangan pekerjaan, menambah sengsara mereka seakan dikepong di dalam penjara.
Sejarah Ringkas Penaklukan dan Perjuangan Palestin
Kira-kira 1000 tahun yang lepas, bumi Palestin pernah dikuasai oleh tentera Salib dan pendudukan Salibiah berlangsung selama 100 tahun (1090 – 1187) sehinggalah bumi Pelestin dibebaskan oleh Salahuddin al-Ayubbi. Selepas penubuhan negara Israel Yahudi pada tahun 1948, cita-cita untuk meluaskan jajahan takluknya melalui agenda Israel raya (Eretz Israel) yang menganjur dari Sungai Nil di Mesir sehingga sungai Furat di Iraq. Israel telah memilik- negarakan beberapa tempat di Palestin sebagai hak warisan Yahudi. Tindakan ini adalah provokasi untuk mencabar orang Islam memandangkan Baitul Maqdis dan sekitar Al-Quds adalah bumi terbuka sebagaimana yang diistytiharkan oleh saidina Umar sebelum ini. Maknanya tiada sesiapa boleh mendabik dada bahawa kawasan tersebut adalah hak milik mereka.
Beribu kepongan dan serangan telah dilakukan di Gaza demi memenuhi niat penjajahan dan mempergunakan nyawa rakyat Palestin sebagai kambing hitam untuk ujian senjata canggih Israel Yahudi. Namum semangat juang rakyat Palestin tidak pernah luntur sungguhpun dengan kelengkapan senjata api yang tidak seberapa seperti RPG dan rifel AK-47 yang berdepan dengan jet F-16 dan helikoter Apache milik Yahudi.
Atas pengawalan media oleh Amerika syarikat dan maklumat propanganda yang sesat, masyarkat barat memandang serong kepada perjuangan rakyat Palestin ketika dulu. Mereka terpedaya untuk menyokong Israel yang kononnya menjadi mangsa kepada ancaman rakyat Palestin yang dilabelkan sebagai “pengganas melampau”. Kini dengan perkembangan teknologi maklumat dan media baru, terutamanya laman web bebas, masyarakat antarabangsa mula terdedah kepada realiti sebenar yang berlaku di Semenanjung Gaza. Sikap prejudis kini beransur-ansur bertukar kepada simpati dan sokongan atas perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan tanah air mereka dari cengkaman Israel Yahudi. Rakyat Palestin kini dianggap sebagai mangsa yang perlu dibela daripada kekejaman rejim zionis Israel.
Kekejaman Rejim Zionis
Berbagai siri serangan Israel Yahudi ke atas rakyat Palestin telah mencabuli hak asasi manusia yang dilindungi oleh Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC). Contohnya kegiatan pembunuhan beramai-ramai di khemah pelarian Sanbra dan Santila pada tahun 1982 yang telah menyaksikan ribuan ibu dan kanak-kanak telah terkorban. Dengan sokongan kelengkapan senjata oleh Amerika Syarikat yang memiliki kuasa veto, tentera Israel Yahudi bermaharajarela di Gaza dengan mengaitkan Hamas sebagai pengasas yang melakukan jenayah perang.
Mengikut laporan siasatan daripada National Laywers Guild (NLG) yang berpendirian bebas di Amerika Syarikat bahawa jenyah perang yang dilakukan oleh Israel Yahudi merangkumi 3 aspek, iaitu 1) mensasarkan orang awam dan infrastruktur, 2) penggunaan senjata yang diharamkan dan 3) sekatan terhadap bantuan perubatan dan kemanusian kepada orang awam.
Mensasarkan orang awam dan infrastruktur
Banyak pembahasan telah timbul atas serangan udara dan darat Israel ke Gaza samada mematuhi prinsip kesaksamaan (proportionality) dan pemilihan (distincition) yang ditetapkan oleh PBB. Dikatakan sasaran utama Israel ialah Hamas dan kemudahan ketenteraannya, tetapi yang selalu menjadi mangsa ialah orang awam dan kemudahan infrastruktur. Banyak insiden telah dirakamkan oleh wartawan bebas tentang tentera Israel sengaja menembak orang awam, termasuk wanita, kanak-kanak dan warga tua, di kepala, dada dan perut. Satu laporan menceritakan tentang bagaiman Israel mengumpulkan sebilangan penduduk awam ke satu lokasi seperti rumah atau sekolah, kemudian ditembak oleh kereta kebal atau dibom oleh jet pejuang.
Pada 4hb., Januari, 2009, tentera Israel memaksa 110 orang penduduk Palestin di perkampungan al-Zaytoon di Gaza City ke dalam rumah Ibtisam al-Sammouni, lalu melepaskan dua tembakan dari kereta kebal tanpa amaran. Apabila mereka yang cuba melarikan diri dari rumah akan ditembak hendap dari “sniper” Israel. Mereka yang cedera terpaksa kurung dalam rumah bersama dengan mayat selama 4 hari sebelum petugas perubatan dibenarkan masuk ke perkampungan al-Zaytoon bagi memindahkan dan menyelamatkan mereka. Selepas itu, jet pejuang mengebom rumah tersebut meranapkannya bersama dengan mayat yang terkorban. Selepas 17 hari lagi, petugas perubatan hanya dibenarkan masuk semula untuk mengambil mayat bagi tujuan pengembumian.
Rakyat Palestin yang bernama Rouhiya al-Najjar dipaksa oleh tentera Israel untuk membawa 20 orang wanita yang memakai tudung putih berarah di lorong Khoza’a, Khan Younis, kemudian semuanya ditembak kepala oleh “sniper” Israel.
Pencerobohan Israel selama tiga minggu (27/12/2008 – 20/01/2009) ke atas Gaza telah membunuh 1,400 penduduk Palestin, lebih 80% daripadanya merupakan orang awam. 4,400 buah rumah awam dan 75% bangunan turut musnah dalam tempoh tersebut.
Banyak bangunan awam telah dimusnahkan oleh tentera Israel di Gaza, seperti masjid, sekolah-sekolah antarabangsa, pusat-pusat perubatan dan gedung UNRWA. Terdapat bukti yang menunjukkan tempat-tempat tersebut sengaja disasarkan oleh tentera Israel. Contohnya, American School di Gaza telah diserang dengan dua butir peluru berpandu F-16 pada 03hb., Januari 2009 dan membunuh pengawal keselamatan yang sedang bertugas. Pengarah sekolah berkenaan, Ribhi Salem menyatakan bahawa Israel tidak memberi sebarang amaran dan pihak sekolah telah mencapai persetujuan dengan pihak penentang bersenjata tidak menggunakan kawasan sekolah dan tidak pernah pun ada aktiviti penentangan di situ.
Pengarah Operasi Gaza UNWRA, John Ging, melaporkan tentera Israel melepaskan peluru berpandu ke atas sekolah-sekolah UNRWA di Gaza City, Jabaliya dan Bet Lahiya. Markas PBB di sana juga dibedil dengan fosforus putih dan peluru-peluru berpandu sungguhpun bendera PBB telah dikibarkan.
Penggunaan senjata yang diharamkan
Berbagai-bagai senjata haram seperti DIME (Dense Inert Metal Explosive), flachettes dan fosforus putih telah digunakan oleh tentera Israel di kawasan penduduk awam. Penggunaan senjata konvensional dengan cara yang tidak dibenarkan, amat lumrah di kawasan padat penduduk. Undang-undang antarabangsa umumnya melarang penggunaan sebarang senjata yang dicipta untuk menghasilkan kesan seksaan yang tidak berpatutan. Penggunaan fosforus putih secara sistematik telah dilakukan di Beit Lahiya selama 3 minggu. Mangsa yang terkena fosforus putih akan terbakar dan terlentung serta mengalami seksaan dan sakitan yang dasyhat sebelum menemui ajal.
Sekatan terhadap bantuan perubatan dan kemanusiaan
Di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa, mangsa yang cedera adalah orang yang perlu dilindungi dan mesti diberi rawatan perubatan yang diperlukan, sebaik mungkin yang termampu dan secepat mungkin yang terdaya. Pihak-pihak yang berkonflik hendaklah memastikan perjalanan petugas perubatan dan ambulan-ambulan tidak dihalang dalam menjalankan tugas mereka memindahkan mangsa yang tercedera bagi mendapatkan rawatan perubatan dengan segera.
Banyak insiden mencabul undang-undang kemanusian oleh tentera Israel telah berlaku. Pada 03hb. Januari, 2009, Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) di tebing barat telah menerima 145 panggilan kecemasan daripada al-Zaytoon yang telah dibom oleh tentera Israel, tetapi dihalang daripada masuk untuk memberi bantuan. 4 hari kemudian, tentera Israel hanya memberikan “tempoh bertenang” selama tiga jam bagi paramedik masuk untuk bekerja, tetapi ambulan dilarang masuk. Mangsa-mangsa terpaksa dilonggokkan atas kereta sorong untuk dipindahkan ke arah ambulan yang jauhnya 2 kilometer. Selepas 3 jam tamat, tentera Israel mula melepaskan tembakan ke arah ambulan ICRC supaya menghentikan kerja penyelamatan dengan segera.
Undang-undang kemanusian antarabangsa melarang serangan ke atas petugas-petugas perubatan, unit-unit perubatan dan kenderaan perubatan yang dikhususkan untuk tujuan perubatan. Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) dan Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan seramai 15 orang petugas perubatan telah terkorban dan 21 orang lagi cedera di samping berpuluh-puluh ambulan telah rosak setelah sengaja ditembak atau dirempuh oleh kereta kebal tentera Israel.
Pada Mei, 2010, komando Israel telah menyerbu kapal konvoi bantuan kemanusian ke Semenanjung Gaza di perairan antarbangsa. 2 orang terbunuh dan 50 yang lain cedera di kapal Mavi Marmara yang mengambil bahagian dalam “flotila kebebasan”. Jelas sekali Israel telah mencabuli hak kemanusiaan undang-undang antarabangsa dan bermaharajalela di perairan antarabangsa Lautan Hindi dalam siri sekatan batuan ke Palestin sejak tahun 2007. Makanan, ubatan, air, simen, malah pencil dan sabun tidak dibenarkan masuk ke Gaza oleh Israel Yahudi. Sekatan sebegini telah memusnahkan ekonomi Palestin, menjadikan 80% daripada penduduknya bergantung pada bantuan makanan dan 90% hidup dalam kemiskinan; lebih separuh daripada isirumah makan hanya sekali sehari; lebih 50% kanak-kanak menghidap anemia dan kekurangan zat makanan.
Susulan Tindak balas Global Terhadap Kezaliman Zionis
Serangan yang tidak berperikemanusiaan diperhebatkan lagi apabila Amerika syarikat mendalangi rampasan kuasa yang gagal terhadap kerajaan yang diketuai Hamas pada tahun 2007. Atas kerjasama Mesir, Israel berjaya menukarkan Gaza kepada penjara terbuka kepada 1.5 juta penduduk Palestin sana. Mesir menguatkan lagi penjara itu dengan menutup terowong bawah tanah yang digunakan untuk membawa makanan dan kemudahan asas ke Gaza. Kini masalah Palestin bukanlah hanya krisis kemanusiaan. Isu utama ialah pendudukan tentera Israel secara haram dan rampasan hak kemanusiaan ke atas penduduk Palestin. Kini hampir 4 juta rakyat Palestin hidup di bawah pendudukan yang paling kejam dan lama dalam sejarah moden.
Kemusnahan ke atas Gaza dicapai dengan penggunaan teknologi ketenteraan Amerika Syarikat seperti F-16, helikopter Apache, fosforus putih, depleted uranium, bom luster dan DIME yang menyebabkan kecederaan dan kecacatan yang teruk. Senjata ini digunakan oleh AS yang kebanyakannya sebagai geran ketenteraan. Malangnya Gaza telah digunakan sebagai makmal untuk menguji keberkesanan pembunuhan dengan senjata baru dan haram ini. Dengan lain kata, Gaza telah ditakluk sebagai “killing field” yang terbaru di benua dunia.
Dengan kuasa veto dan kepentingan strategi ketenteraan AS yang melindungi Israel, Majlis Keselamatan PBB gagal untuk mengemukakan sebarang resolusi terhadap Israel. Malah AS hanya mengeluarkan kenyataan President Obama yang lemah sepertimana disifatkan oleh Menteri Luar Turki sebagai “perompak dan lanun”. Amat jelas sekali bahawa sikap dwi-standard yang diamalkan oleh kuasa Barat menunjukkan bahawa undang-undang antarabangsa tidak lagi tertakluk kepada rakan-rakan bersekutu. Oleh itu, Israel terus terlindung di bawah naugan AS dan sekutu Eropah dan tidak tertakluk kepada sekatan ataupun resolusi Majlis Keselamatan PBB.
Tidak lagi sekadar sokongan kemanusiaan, kini pergerakan perpaduan global semakin berkembang untuk memulakan kempen boikot terhadap Israel. Orang awam digesa supaya tindakan diambil terhadap Israel seperti mana dilakukan terhadap rejim apartheid Afrika Selatan sebelum ini dengan “boikot, menarik balik pelaburan dan sekatan “(BDS). BDS yang dimulakan oleh pertubuhan awam Palestin pada 2005 untuk mengakhiri sikap Israel yang bebas daripada hukuman kini mendapat sokongan komuniti dunia yang pelbagai seperti kesatuan sekerja, ahli akademik, pihak gereja dan NGO dari seluruh dunia. Kerajaan Malaysia perlu mengamalkan sikap waras untuk menyokong usaha BDS ke atas rejim Israel. Langkah mengupah APCO, ejen Israel sebagai firma penasihat adalah mengaibkan dan patut dibatalkan kontraknya dengan segera. Lebih-lebih lagi sebagai sekutu Islam yang berdaulat, sepatutnya menghulurkan segala bantuan kepada saudara Islam di Palestin di samping memutuskan segala hubungan dengan ejen Israel. Memandangkan Iran merupakan benteng terakhir Timur Tengah untuk membendung kemaraaan jajahan baru AS, kerajaan Malaysia sepatutnya membatalkan sokongan resolusi sekatan senjata nukleur oleh PBB.
Sumber : Pusat Maklumat Rakyat (PMR), mykhilafah.com, harakah, haluan palestin, malaysiakini, islamandsunnah.blogcu.com, risalahsyumul.com.
No comments:
Post a Comment