Dipetik dari Akhbar Sinar Keadilan
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memperbodohkan rakyat Johor dengan slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan", sedangkan pada masa yang sama negeri yang kaya dengan air itu, kadar purata harganya lebih mahal terutama di kawasan Bandar, seperti Kluang dan Batu Pahat.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, berkata, harga air di Johor adalah 90 sen untuk domestik dan RM 2.93 untuk industri, sedangkan di Pulau Pinang, harganya hanya 31 sen untuk domestik dan 94 sen untuk industri per meter padu.
“Kenyataan Muhyiddin yang memberi amaran bahawa Kerajaan Selangor akan menghadapi krisis air dan menjadi bangkrap, menunjukkan beliau seorang yang mementingkan kelangsungan dan keuntungan kroni syarikat Barisan Nasional (BN) semata-mata.”
Timbalan Perdana Menteri itu didapati mencampur aduk antara kepentingan peribadi dan kepentingan rakyat. Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor) yang diberi konsesi lumayan sebenarnya tidak berdaya untuk mengendalikan hal kewangannya dan gagal menawarkan perkhidmatan yang diperlukan seperti yang ditawarkan dalam perjanjian konsesi.
Kerajaan sepatutnya mencari jalan penyelesaian dengan menawarkan kepada pihak yang lain tanpa membebankan rakyat dengan tariff air yang naik secara mendadak.
Menurut Tony, syarikat Gamuda dan Kerajaan Negeri Selangor cuba membuat tawaran yang lebih baik tetapi ditolak oleh Kerajaan Persekutuan.
Katanya lagi, Muhyiddin pada masa yang sama dilihat cuba melindungi kepentingan Syabas.
Apa yang mengejutkan adalah apabila Muhyiddin menyangkal permintaan rakyat apabila mengatakan beliau tidak fikir pengguna akan memprotes jika ada kenaikan tariff air secara berperingkat jika ia datang dengan bekalan air bersih.
Kerajaan UMNO-BN sebenarnya telah menandatangani perjanjian yang membenarkan syarikat tersebut untuk menaikkan tariff air sebanyak 37 peratus pada tahun 2008, 25 peratus pada tahun 2011, 15 peratus pada tahun 2014 dan 10 peratus setiap tiga tahun.
Tambah beliau, dengan populasi penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur yang dibebani dengan kos sara hidup yang semakin tinggi, Muhyiddin dengan megah mengatakan beliau tidak fikir pengguna akan memprotes kenaikan tariff air itu.
*************************************************************************************
Rakyat Muar dan Negeri Johor juga mesti masih mengingati Perjanjian Penjualan Air Ke Singapura dan pelbagai lagi kecurangan pentadbiran Negeri yang telah berlaku. Sekelian rakyat juga harus memikirkan kenapakah syarikat bekalan air Negeri Johor iaitu, Syarikat Air Johor terpaksa dijual kepada Ranhill. Apakah kita tahu akan terma-terma yang terkandung dalam perjanjian itu? Atau perlukah kita menunggu sehingga kita sudah tidak mampu lagi untuk membeli air? Inikah dia bentuk sebuah pemerintahan yang mementingkan rakyat selama 50 tahun lamanya? Di tanah kelahiran UMNO, namun rakyatnya terpaksa membeli air dengan harga yang tinggi. Sama – sama kita fikirkan.Dan Berani Berubah.
No comments:
Post a Comment