Oleh Uncle Ash
Semalam seorang Pengetua sebuah sekolah menengah di Johor telah bertukar profesion menjadi "Agen" membina jambatan perkauman di kalangan pelajar sekolah.
Pernyataan yang dikeluarkan beliau dalam ucapan sempena sambutan hari Kemerdekaan sekolahnya benar - benar memualkan dan menjijikkan. Penulis yang Melayu ni pon rasa marah dengan kenyataan biadap beliau terutama pernyataan yang menyamakan pelajarnya dengan haiwan itu.
"Chinese students are not needed here and can return to China or Foon Yew school. For the Indian students, the prayer string tied around their neck and wrist makes them look like dogs because only dogs are tied like that".
(Pelajar Cina tidak diperlukan di sini dan boleh kembali ke China atau Sekolah Foon Yew. Bagi Pelajar India, benang keagamaan yang terdapat di leher dan pergelangan tangan mereka, menjadikan mereka seperti anjing kerana hanya anjing yang diikat seperti itu).
Apakah ini tahap pemikiran seorang Pengetua Sekolah? Seharusnya beliau mendidik pelajar - pelajarnya menghargai toleransi antara kaum, hormat menghormati dan kemesraan sesama sendiri. Sangat menyedihkan sekali, di sebalik pelan pembangunan Sekolah yang nampak begitu hebat, rupa - rupanya masih lagi terdapat pemimpin2 sekolah yang berfikiran begini.
Setelah 53 tahun Malaya ini merdeka, 53 tahun juga kita hidup sebumbung dalam sebuah negara yang berdaulat, namun masih lagi kedengaran suara - suara sumbang menjerit, melolong melaungkan api perkauman.
Apa tujuan beliau? Apa kejayaan yang beliau dapat dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian? Apakah beliau mengharapkan pelajar - pelajar beliau akan menjadi seorang rakyat yang baik atau sememangnya beliau gemar kepada keganasan?
Memohon maaf atau membuat penjelasan cukup mudah. Tetapi, kerosakan telah pun berlaku. Apa jaminan pelajar yang mendengar ucapan sedemikian tidak akan memberi respon? Kalau mereka menolak, Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah. Tetapi sekiranya mereka menerima bulat2 dan menyimpan dendam terhadap rakan2 yang tidak sebangsa dengan mereka, adakah kita bersedia melihat drama pergaduhan oleh anak2 muda di bangku sekolah ini?
Sekolah (walaupun tidak semua) sudah tidak memikirkan mengenai pelajar lagi. Institusi sekolah yang sepatutnya melahirkan insan, sudah berubah menjadi seperti kilang mengeluarkan robot. Segalanya di programkan ke dalam hard disk @ sistem robot itu, akhirnya melahirkan pelajar2 yang mendapat keputusan A dalam subjeknya tapi hilang naluri keinsanan (lihat masalah disiplin dan sosial pelajar).
Perlukah kita senantiasa menyalahkan pelajar? Apabila sistem itu pongah, apabila guru sibuk menjual multi level, apabila guru itu sendiri sibuk menyemai benih2 ketidakwarasan, di luar norma keinsanan dalam diri anak didik mereka. Apa lagi yang boleh kita harapkan?
Mantan PM, Tun Dr. Mahathir pernah berbangga dengan slogan "Kepimpinan Melalui Teladan", guru2 harus ingat, tindak tanduk dan kepimpinan kamu akan menjadi teladan anak didik kamu. Di tangan kamu ada segumpal tepung, kamu yang akan mengadunkannya sama ada menjadi roti yang lembut atau keras.
Kepada guru2 yang sentiasa dedikasi membina keperibadian insan unggul dan negara bangsa, penulis sentiasa hormat dan kagum dengan kalian.
Penulis sangat2 berharap agar kita semua bersama - sama sebarkan mesej kasih sayang dan keamanan bukannya dendam dan benci membenci. Together we spread the Love Anthem. Someday, someone was gonna have to take a stand. Someday, someone was gonna have to say, 'enough'. Marilah kita bersama menjadi orang yang akan berkata CUKUPLAH PERKAUMAN.
SAY NO TO RACISM
No comments:
Post a Comment